Jalan Bukit Nanas, 50250, WP Kuala Lumpur. +603-20780559

Logo

 

Convent Bukit Nanas School Logo

 

Convent Bukit Nanas School Logo

 
 

The Convent Creed
The School Badge

The school badge of the Convent is an international one used by students on five continents - in places as far apart as Bolivia, France, Peru, Italy, Singapore, Spain, England, Ireland, Japan, Thailand and Malaysia.

The center of the badge is red with a silver band fringed with gold. Red traditionally conveys the message of love, God's Spirit of Love embracing the world.

On the right is the Holy Book. To the Christians, this is the Bible; to the Muslims, the Quran; to the Hindus, the Bhagavadgita; to the Buddhists, the Dharmapada. On the left are the Distaff and Spindle. This is the symbol of labour.

 

Lencana sekolah CBN adalah lencana sejagat yang dipakai oleh penuntut-penuntut di sekolah-sekolah Convent di California, Perancis, Peru, Itali dan juga Malaysia. Simbol lencana ini masih sesuai sehingga kini.

Di tengah-tengah lencana terdapat perisai dengan warna dasarnya merah. Terdapat satu jaluran berwarna perak dari sudut atas kiri perisai ke sudut bawah sebelah kanannya. Jalur ini dihiasi tepinya dengan warna kuning emas. Merah membawa maksud kasih sayang.

Di sebelah kanan perisai ialah Kitab Suci yang pada keseluruhannya meliputi ajaran prinsip-prinsip kepercayaan kepada Tuhan. Bagi umat Islam, Kitab Suci itu melambangkan al-Qur’an, bagi penganut agama Kristian melambangkan Bible, bagi penganut agama Hindu ialah Bhagavadita dan bagi penganut agama Buddha adalah Dharma.

Di sebelah bawah kiri perisai itu terdapat Tongkat dan Jarum yang melambangkan usaha. Sebutir bintang dengan lima penjuru melambangkan lima prinsip rukun negara terletak teguh di atas perisai. Di kiri kanan bintang dan perisai bersilang yang melambangkan kesucian, ketekunan dan kejujuran.

Moto sekolah ‘Tulus Dengan Fadilah dan ‘Azam Dengan Bakti’ menghubungkan kedua-dua jambangan yang terdapat di atas dan di bawah. Cita-cita itulah yang didokong oleh bintang tadi melambangkan pelita yang bersinar.