SMK Convent Bukit Nanas

Gimrama

iSchool WP Portal

News & Announcements

Posted by gimrama@cbn.edu.my on August 19, 2009

m_39emy1

 

 

 

 

 

Pesta GIM Jadi Medan Ujian Gimnas Wilayah Ke Sukma

KUALA LUMPUR, 22 Jan (Bernama) — Persatuan Gimnastik Amatur Wilayah Persekutuan (FTAGM) akan menggunakan “Pesta Gim” sebagai medan ujian atlet-atlet gimnastik mereka sebelum menyertai Sukan Malaysia (Sukma) di Melaka, Jun depan.

“Kita merancang Pesta Gim iaitu satu festival gimnastik antara bandar pada Mac ini. Kita menjangka mendapat penyertaan dari setiap negeri dan juga dari Australia, New Zealand, Jepun, Thailand dan Rusia.

“Ia menjadi platform terbaik bagi gimnas kita untuk menimba pengalaman dan menilai kekuatan mereka sebagai persiapan menjelang Sukma dan pertandingan lain termasuk di peringkat antarabangsa,” kata presiden FTAGM, M.P. Haridas Menon pada majlis penghargaan dan anugerah persatuan itu pada Jumaat malam ini.

Katanya sukan gimnastik merupakan penyumbang terbesar bagi skuad wilayah Persekutuan dan mampu mencapai keputusan yang lebih baik di Sukma Melaka.

Untuk rekod skuad gimnastik Wilayah Persekutuan memenangi enam pingat emas, dua perak dan satu gangsa dalam acara gimnastik berirama dan satu perak dan satu gangsa daripada acara gimnastik artistik ketika Sukma Terengganu 2008.

Pada majlis itu, Mohd Azlan Shah (gimnastik artistik), Raine Wong Jze Wei dan Steff Chow Jia Yi (artistik wanita) serta Wan Siti Haniza Wanizhar (gimnastik wanita berirama) menjadi penerima anugerah pencapaian terbaik 2008 dan 2009.

Gimnas berirama, Emy Farah Elena Mohd Johani pula dipilih sebagai penerima personaliti 2009 yang dipilih bukan sahaja berdasarkan pencapaian cemerlang dalam sukan gimnastik tetapi juga keputusan akademik terbaik.