Naib Johan Sekolah-sekolah Premier Bawah 18 Tahun
Pasukan hoki SMK Convent Bukit Nanas dengan bangganya telah berjaya mendapat tempat kedua dalam Kejohanan Sekolah-sekolah Premier Bawah 18 Tahun baru-baru ini di Ipoh, Perak. Kejohanan tersebut telah berlangsung pada 27/7/10 hingga 29/7/10 di Stadium Sultan Azlan Shah, Ipoh, Perak. Pasukan hoki SMK Convent Bukit Nanas seramai 18 orang yang melibatkan pelajar-pelajar dari tingkatan 2, 3 dan 4 telah bersungguh-sungguh berlawan dengan pasukan-pasukan yang handal dari Kelantan, Penang dan Seremban sebelum ke peringkat akhir, iaitu Perak. Skor perlawanan adalah seperti berikut:
SMK CBN vs Petra Kelantan: 7-0
SMK CBN vs St. Georges Penang: 4-0
SMK CBN vs Puteri Seremban: 2-1
SMK CBN vs Raja Perempuan Perak: 0-2
Secara keseluruhannya, pemain-pemain telah bermain dengan bersungguh-sungguh. Salah seorang daripada pemain SMK CBN juga telah dianugerahkan pemain terbaik, iaitu Hazmira Almaz Bt. Hamzah. Kami amat berbangga dengan pencapaian pasukan hoki kami dan berharap dapat merangkul tempat pertama pada tahun-tahun yang akan datang.
- Sesi memanaskan badan sebelum perlawanan.
- Kata-kata semangat diberikan oleh kapten pasukan, Fatimah Az-Zahra, sebelum perlawanan dimulakan.
- Nyanyian lagu sekolah.
- Raja Perempuan, Perak.
- Naib Johan Sekolah-sekolah Premier.
- Pemain Terbaik Keseluruhan, Hazmira Almaz Bt. Md Hamzah
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.





