Pengenalan
Laman Web ini merupakan laman web rasmi bagi Persatuan Kadet Polis SMK Convent Bukit Nanas Kuala Lumpur.
Persatuan Kadet Polis memainkan peranan penting dalam menyemai kesedaran sivik dan perasaan bertanggungjawab kepada masyarakat di kalangan pelajar.
Bagi mencapai objektif bagi membina satu bangsa Malaysia yang berdisiplin, maka penubuhan Persatuan Kadet Polis akan menjadi pemangkin kepada proses untuk memiliki lebih golongan yang berjaya di negara ini. Dari semasa ke semasa peranan Persatuan Kadet Polis akan diperkukuhkan lagi supaya pencapaian matlamat tersebut dapat direalisasikan. Justeru, sokongan padu dan komitmen yang tinggi daripada semua pihak adalah faktor terpenting bagi memastikan persatuan ini dapat berperanan seiring dengan matlamat penubuhannya.