Koperasi SM Convent Bukit Nanas Berhad didaftarkan di bawah Akta Koperasi tahun 1948 pada 13 hb April 1987. Koperasi ini merupakan ahli ANGKASA . Semua pelajar wajib menjadi ahli koperasi dan kakitangan sekolah digalakkan untuk menyertai koperasi. Anggota Lembaga Koperasi terdiri daripada 8 orang guru dan 7 orang murid. Semua ahli lembaga telah pun mengikuti kursus wajib koperasi anjuran ANGKASA dengan kerjasama Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.