v Pancaragam SMK Convent Bukit Nanas ditubuhkan pada lewat tahun 1998 oleh sebab sekolah mengambil bahagian dalam pertandingan Sukan Premier. Selain itu, pancaragam juga ditubuhkan sempena Sambutan Jubli Emas SMK Convent Bukit Nanas. Dengan kurang daripada 40 orang ahli, pancaragam sekolah mula dengan seksyen ‘woodwind’, seksyen ‘brass’, dan seksyen ‘percussion’. Seksyen ‘colourguard’ mula ditubuhkan pada tahun 2006. Walaupun terdapat pelbagai perubahan dan beratus-ratus ahli pancaragam telah menjejak ke alam pekerjaan, namun motto kami tetap sama, iaitu “Individually Unique Together Complete”