News and Announcements
Pelajar-pelajar Tingkatan 2, 2009 dinasihatkan supaya membuat persiapan awal untuk kerja kursus PMR dengan mencari gambar yang bersesuaian berdasarkan salah satu tema seperti berikut :
I. Peragaan
II. Penyusunan
III. Penyimpanan
Gambar yang dicari perlu dibezakan dari segi bahan
buatannya seperti kayu, plastik atau besi. Pelajar-pelajar perlu mula melakar tiga lakaran yang berbentuk tiga dimensi di dalam kertas bersaiz A4. Maklumat terperinci boleh dirujuk pada buku teks Kemahiran Hidup Tingkatan 3.
______________________________________
Selamat mengulang kaji kepada semua murid tingkatan 1-3. Semoga anda mendapat markah yang cemerlang dalam peperiksaan akhir tahun bagi tingkatan 1 dan 2 dan peperiksaan PMR bagi para pelajar Tingkatan 3.