
Tiga cabang ini melambangkan tiga prinsip asas dalam Persetiaan Pengakap. Cabang ke atas melambangkan persetiaan yang pertama iaitu taat kepada tuhan, raja dan negara. Cabang ke kanan melambangkan persetiaan yang kedua iaitu menolong orang pada setiap masa dan cabang ke kiri melambangkan persetiaan yang ketiga iaitu mematuhi undang-undang pengakap. Ketiga-tiga cabang ini diikat dalam satu ikatan melambangkan perpaduan dalam kalangan ahli-ahli pengakap.
Logo ini mempunyai tiga warna iaitu merah, kuning dan hijau. Merah melambangkan keberanian, kuning melambangkan kedaulatan raja dan hijau merupakan warna rasmi pengakap.