36th Annual AGM Report 2008/2009
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU-GURU
SMK CONVENT BUKIT NANAS
KUALA LUMPUR
2008/2009
MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
KALI KE 36
14 MAC 2009 (SABTU)
9.30 PAGI
DEWAN SEKOLAH
SEKALUNG PENGHARGAAN
Kami AJK PIBG sesi 2008/2009 ingin merakamkan ucapan terima kasih dan setinggi pengharagaan kepada para ibu bapa, guru-guru, ahli Lembaga Pengelola Sekolah, pelajar-pelajar dan pihak berkenaan iaitu JPM, DBKL, JKR, KPM dan JPWP yang telah bekerjasama menjayakan pelbagai aktiviti yang telah dirancang oleh pihak PIBG. Dengan berkat doa, sokongan padu dan kerjasama daripada semua pihak, segala program dapat dijalankan dengan lancar. Adalah diharapkan usaha murni ini akan berterusan selama-lamanya.
Terima kasih.
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pihak yang hadir dalam majlis ini, khususnya kepada para pelajar dan ibu bapa yang telah menunjukkan keintelektuan dan sahsiah yang cemerlang. Tahniah dan terima kasih juga kepada guru-guru yang berjaya memartabatkan profesion peguruan sehingga mampu membantu kerajaan melahirkan modal insan yang berkualiti serta berjiwa patriotik. Pihak sekolah dan ibu bapa, sebaik-baiknya wujudkan suasana kolaboratif dengan sentiasa berbincang. Hindarkan sebarang perbalahan kerana ini tidak menguntungkan, malah merugikan semua pihak.
Penglibatan ibu bapa dan penjaga dalam aktiviti serta kegiatan yang dianjurkan oleh pihak sekolah amat penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran anak-anak PIBG merupakan saluran perantaraan komunikasi antara ibu bapa dan sekolah. Banyak masalah akan selesai sekiranya ibu bapa turut bekerjasama memantau perkembangan pelajaran anak-anak masing‑masing. Selain itu, PIBG juga dapat mengeratkan silaturrahim antara pihak sekolah dengan ibu bapa dan masyarakat sekeliling. Buktinya kerjasama erat ini telah membawa kepada kecemerlangan pendidikan para pelajar di SMK CBN selama ini. Suka saya mengambil kesempatan ini mengucapkan tahniah kepada Tuan Pengetua bersama barisan pentadbir serta komitmen guru-guru yang mengajar anak-anak didik mereka tanpa mengenal erti penat dan lelah. Guru-guru di sekolah ini telah berjaya menaikkan nama sekolah di persada dunia peadidikan. Tahniah dan syabas diucapkan.
Ibu bapa juga tidak boleh menyerah sepenuhnya tanggungjawab mendidik anak-anak kepada pihak sekolah dan guru-guru sahaja. Ibu bapa hendaklah memainkan peranan dan kerjasama rapat dengan pihak pengurusan sekolah dalam meningkatkan kualiti modal insan. Kadang kala berlaku ketegangan antara guru dan ibu bapa yang nyata menjejaskan kualiti pendidikan di sesebuah sekolah. Sebagai langkah positif, ibu bapa hendaklah memberi penghormatan dan kepercayaan besar kepada guru-guru untuk membimbing dan mendisiplinkan para pelajar. Oieh itu, saya berharap ibu bapa jangan mudah melenting, jangan hilang kewarasan tetapi hendaklah bersifat lapang dada apabila guru-guru mengambil tindakan disiplin keras ke atas pelajar. Saya berasa amat yakin bahawa tindakan tegas guru dalam mendisiplinkan pelajar adalah untuk memberi pengajaran dan memulihkan akhlak pelajar agar menjadi insan yang cemerlang.
Akhir kata, izinkan saya sekali lagi mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga di atas kesudian tuan-tuan dan puan-puan meluangkan masa ke mesyuarat agung PIBG SMK CBN pada tahun ini. Saya berharap agar apa yang akan diputuskan dalam perbincangan nanti akan dapat dilaksanakan dengan jayanya atas kerjasama semua ibu bapa. Saya sudahi ugapan saya pada kali ini dengan Wabillahi Taufik Walhidayah Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.
Sekian, terima kasih.
Datuk Haji Salleh Bin Yusup
Kata Alu-aluan Pengetua
Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak PIBG SMK Convent Bukit Nanas sesi 2008/2009 yang telah memberi komitmen yang balk dalam membantu pihak sekolah menjayakan segala aktiviti yang telah dirancang. Saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada YDP PIBG sesi ini kerana banyak memberi nasihat, tunjuk ajar dan membantu sekolah bagi meningkatkan kecemerlangan bukan sahaja dalam bidang kurikulum tetapi dalam semua aspek.
PIBG SMK Convent Bukit Nanas sering berganding bahu dalam usaha meningkatkan prestasi akademik dan kokurikulum.Dalam kurikulum, sekolah telah berjaya mendapat Anugerah Lonjakan Saujana di dalam peperiksaan PMR. Dalam bidang kokurikulum, sekolah telah berjaya mencapai banyak kejayaan iaitu di dalam bidang gimnastik, koir, hoki, dan bola jaring. Kecemerlangan ini adalah atas usaha semua pihak iaitu kesungguhan pelajar-pelajar, para guru dan ibu bapa yang tidak pernah jemu memberikan komitmen yang sepadu. Mudah-mudahan kerjasama ini terus berkekalan dan agar cogan kata “Cemerlang, Gemilang dan Terbilang” akan dicapaL
Akhir kata, saya berharap kerjasama serta perpaduan yang lebih erat antara warga sekolah dan para ibu bapa akan terjalin dan berkekalan demi melahirkan para pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan sahsiah sejajar dengan hasrat kerajaan kita.
Sekian.
PUAN LEE CHII YUANN
MINIT MESYUARAT AGUNG TAHUNAN YANG KE 35
PERSATUAN IBU BAPA DAN GURU-GURU
SMK CONVENT BUKIT NANAS, KUALA LUMPUR
TARIKH : 3 MEI 2008
MASA : 10.30 PAGI
TEMPAT : DEWAN SEKOLAH SMK CONVENT BUKIT NANAS
KEHADIRAN :11 ORANG AJK PIBG
84 ORANG IBU BAPA
81 ORANG GURU
AGENDA
1.0 Ucapan YDP PIBG 2007/2008
1.1 YDP mengalu-alukan kehadiran ibu bapa ke mesyuarat agung kali ini. Beliau memaklumkan untuk tempoh setahun diberi mandat menerajui PIBG sekolah ini, PIBG telah cuba menjalankan amanah sebaik mungkin dan jika ada sebarang kekurangan beliau momohon maaf atas kekurangan itu.
1.2 YDP juga mengucapkan terima kasih kepada AJK sesi ini, Pengetua dan guru-guru yang selama ini memberikan kerjasama yang baik kepada PIBG. Beliau juga mengucapkan tahniah kepada pihak sekolah atas kejayaan yang berjaya dicapai dalam bidang kurikulum dan kokurikulum dan berharap lebih banyak kejayaan mampu dicapai oleh para pelajar sekolah ini.
2.0 Membentang Dan Menerima Minit Mesyuarat Agung Tahunan PIBG Ke-34
2.1 Minit mesyuarat kali ke-34 telah dicadangkan agar diterima, dicadangkan oleh Dr Noor Haliza Yussof dan disokong oleh Puan Samsiah Abd. Rahman.
2.2 Encik Jayos Pawiro bertanyakan perkara 7.1 iaitu penyediaan water cooler dan apa tindakan pihak sekolah terhadap perkara tersebut. Menurut beliau lagi para pelajar susah nak dapatkan bekalan air terutama untuk latihan lewat petang kerana kantin sekolah sudah ditutup pada waktu itu.
Puan Pengetua memaklumkan AJK PIBG telah membincangkan perkara ini dalam mesyuarat PIBG dan telah diputuskan hal ini tidak dapat dilaksanakan kerana kebersihan air yang tidak terjamin, namun begitu pihak sekolah akan cuba mendapatkan mesin yang menjual air dalam botol. Pihak kantin juga ada menjual air dalam botol dan tahun ini kantin ditutup lewat petang iaitu jam 6.45 petang, jadi perkara ini tidak mendatangkan masalah kepada pelajar untuk membeli air.
YDP memaklumkan bahawa pihak DBKL juga tidak membenarkan mesin yang menjual air di tepi jalan beroperasi dan mengarahkan supaya mesin itu dibuang kerana mereka menggunakan air paip yang tidak terjamin kebersihannya.
Encik Alex Goh memaklumkan bahawa masalah bakteria dalam air ini boleh diatasi kerana beliau pakar dalam bidang ini dan beliau bersedia untuk menyumbangkan mesin water cooler kepada pihak sekolah.
3.0 Pembentangan dan Penerimaan Laporan Aktiviti PIBG 2007/2008
3.1 Laporan aktiviti PIBG 2007/2008 telah dicadang agar diterima, dicadangkan oleh Puan Mas Torah Naim dan disokong oleh Puan Seeva Mohan.
3.2 YDP membentangkan aktiviti PIBG 2007/2008. Sila rujuk laporan aktiviti PIBG 2007/2008 muka surat 25 hingga 28.
3.3 Antara perkara yang dibangkitkan oleh YDP dalam laporan aktiviti PIBG 2007/2008 ialah:
3.3.1 Pengecualian yuran PIBG kepada beberapa orang pelajar yang kurang berkemampuan, namun begitu pelajar digalakan membayar yuran ini kerana ia digunakan untuk membiayai aktiviti untuk pelajar.
3.3.2 Dalam JKK Pembangunan YDP memaklumkan kebanyakan bumbung bangunan sekolah ini sudah agak teruk keadaanya termasuklah bumbung kantin yang telah dibaiki kerana pecah dan PIBG sesi 2008/2009 akan meneruskan usaha membaiki bumbung makmal yang telah runtuh.
3.4 YDP mengucapkan terima kasih kepada AJK PIBG sesi ini atas kerja yang telah dilakukan dan jika ada yang belum dapat dilaksanakan akan diteruskan oleh AJK yang datang.
3.5 YDP memaklumkan PIBG ada menghantar permohonan ke Kementerian Pelajaran untuk mendapatkan bantuan peruntukan menaiktaraf bangunan kantin untuk dijadikan kelas darjah dan dewan untuk gimrama (niche area), namun perkara ini belum mendapat maklum balas dari KPM lagi.
3.6 Pengetua memaklumkan sekolah mendapat peruntukan daripada KPM sebanyak RM299,500 untuk sekolah Kluster dan ia akan digunakan untuk memajukan niche area. Sebanyak RM149,750 telah diterima oleh sekolah daripada peruntukan ini dan bakinya akan diterima kemudian. Wang ini juga akan digunakan untuk pembangunan sekolah dan pembaikan bangunan sekolah yang rosak. Jika ia tidak mampu menampung perkara ini, PIBG adalah tempat untuk sekolah mendapatkan bantuan.
3.7 Encik Jayos inginkan penerangan tentang sumber kewangan ceramah motivasi PMR,SPM dan STPM.
Pengetua memaklumkan perkara ini dibiayaai dengan wang PCG di bawah peruntukan kaunseling kerana ia melibatkan pelajar.
3.8 Encik Steven memaklumkan sekolah ingin mewujudkan laman web sendiri namun ia melibatkan peruntukan yang agak banyak dan beliau juga mengharapkan bantuan daripada ibu bapa untuk melaksanakan perkara ini.
4.0 Membentang, Menerima dan Meluluskan Penyata Kewangan PIBG Bagi Tahun Berakhir 31.12.2007
4.1 Bendahari Kehormat PIBG, Encik Kong Yee Peng membentangkan laporan kewangan PIBG dan ia boleh dirujuk pada muka surat 30 hingga 38.
4.2 Jumlah perbelanjaan untuk tahun 2007 ialah RM 201,445.92.
4.3 Encik Kong memaklumkan pembetulan pada jumlah wang dalam Simpanan Tetap yang berakhir pada 22.1.2008 iaitu RM 303,327.21 bukannya RM 303,347.21.
4.4 Lebihan pendapatan untuk tahun 2007 ialah RM 54,919.10.
4.5 Puan Noor Haliza bertanya tentang bayaran untuk baju pancaragam dan kumpulan sorak dan mengapa tiada penajaan untuk baju kumpulan koir.
Pengetua memaklumkan PIBG membiayai baju kepada kedua-dua perkara ini kerana mereka ada memberi sumbangan kewangan kepada tabung PIBG. Pengetua juga memaklumkan baju untuk koir masih elok tetapi untuk pertandingan yang baru lepas pelajar-pelajar koir tidak mahu memakai baju itu kerana ia agak ketinggalan fesyen dan mereka membeli sendiri baju yang mereka pakai. Untuk pertandingan peringkat kebangsaan nanti, PIBG telah bersetuju untuk membiayai pakaian koir.
4.6 Encik Jayos bertanyakan kenapa tiada perbelanjaan digunakan untuk taekwondo kerana seni pertahanan ini penting untuk keselamatan pelajar.
Pengetua memaklumkan ada sesetengah aktiviti kokurikulum yang menggunakan peruntukan daripada bahagian kokurikulum, jika tiada peruntukan daripada bahagian ini barulah duit PIBG digunakan.
Encik Kong menyatakan PIBG hanya membiayai aktiviti yang memohon peruntukan PIBG, jika ada persatuan yang ingin bantuan kewangan PIBG, guru penasihat persatuan boleh memohon dan menghantar surat melalui Pengetua dan permohonan ini akan dipanjangkan dalam mesyuarat bulanan PIBG.
4.7 Puan Noraida inginkan penerangan jika ada perlindungan insuran untuk guru-guru yang membawa pelajar ke sebarang pertandingan.
4.8 Encik Kong memaklumkan insuran hanya dibayar untuk alatan yang dibeli dengan wang PIBG seperti komputer dan alat musik pancaragam dan bayaran ini akan dicatat dalam laporan kewangan untuk tahun 2008, tiada insuran untuk guru.
4.9 Laporan Kewangan PIBG berakhir 31.12.2007 diterima untuk diluluskan, dicadang oleh Puan Noraida Ismail dan disokong oleh Puan Roslinda Buang.
5.0 Membahaskan usul.
5.1 YDP menaldumkan tiada usul diterima daripada ibu bapa.
5.2 YDP memaklumkan PIBG banyak menerima komen dan cadangan daripada ibu bapa melalui surat jawapan yang diedarkan. Komen dan cadangan ini telah dibincangkan dalam mesyuarat kecil PIBG. YDP membentangkan cadangan dan komen daripada ibu bapa. Antaranya berkaitan kantin, kemudahan alas, kokurikulum dan keselamatan.
5.3 Puan Roslinda menyatakan makanan di kantin agak mahal. Puan Noor Haliza menyatakan harga makanan di kantin tidak seragam. Encik Suhaimi menyatakan makanan yang dijual tidak segar seolah-olah makanan yang semalam.
Pengetua memaklumkan harga makanan di kantin dijual mengikut harga yang terdapat dalam tender dan ia telah dipersetujui oleh JPWP. Pihak sekolah selalu melakukan pemantauan harga dan kualiti makanan dan mendapati pengusaha kantin mematuhi syarat-syarat dalam tender.
YDP memaklumkan pemantauan tentang kualiti makanan juga akan dilakukan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan.
Encik Said, wakil pengusaha kantin memaklumkan makanan yang dijual, disediakan senarai harga dan harga itu dipersetujui oleh JPWP. Bahan mentah dibeli setiap hari dan tidak timbul makanan tidak segar. Beliau juga mengalu-alukan sesiapa yang ingin memantau perkara ini untuk memastikan adakah dakwaan itu benar.
5.4 Encik Paramaswaran mencadangkan agar sekolah satu sesi diadakan kerana keselamatan pelajar sesi petang tidak terjamin memandangkan ada ibu bapa yang lewat menjemput anak mereka.
YDP memaklumkan PIBG CBN telah berbincang dengan PIBG St.John untuk memastikan keselamatan para pelajar, pihak polis juga dihubungi untuk melakukan rondaan dan telah mengupah pengawal keselamatan tambahan. Manakala ibu bapa juga diminta mengingatkan para pelajar supaya sentiasa menjaga keselamatan sekiranya berada di kawasan luar sekolah.
Puan Lalitha meminta ibu bapa berpesan kepada anak masing-masing supaya menunggu ibu bapa menjemput di dalam kawasan sekolah kerana ada guru yang balik lewat petang iaitu pukul 7.00 petang.
Pengetua memaklumkan adalah sukar untuk menjadikan sekolah iiu satu sesi kerana sekolah ini kecil dan bilangan kelas yang ada tidak dapat menampung jumlah pelajar yang ada sekarang.
Encik Emmanuel mencadangkan ibu bapa yang menjemput anak menunggu secara bergilir-gilir sehingga pelajar yang terakhir pulang.
5.5 Puan Noraida membangkitkan isu pelajar daripada sekolah lain yang tidak dapat peluang menyertai aktiviti di sekolah kerana menurutnya ada guru yang memilih pelajar daripada SK CBN 1 dan 2.
Puan Pengetua menjawab bahawa kebanyakan pelajar daripada SK CBN 1 dan 2 selalunya menonjolkan bakat mereka, pelajar daripada sekolah lain biasanya agak malu untuk menonjolkan bakat mereka. Beliau akan pastikan guru-guru akan mengambil perhatian perkara ini.
Puan Nancy meminta mana-mana pelajar yang ada masalah untuk menyesuaikan diri dengan budaya CBN supaya berjumpa kaunselor untuk mengatasi masalah
6.0 Pemilihan Jawatankuasa PIBG 2008/2009 di kalangan ibu bapa dan Pengumuman AJK PIBG di kalangan guru.
6.1 YDP membubarkan AJK PIBG 2007/2008 untuk memberi laluan kepada pemilihan AJK yang baru.
6.2 Puan Pengetua mencadangkan Datuk Haji Salleh menjadi pengerusi sementara untuk pemilihan AJK baru. Semua hadirin bersetuju.
6.3 Untuk jawatan Yang Dipertua, Encik Zulkifli mencadangkan nama Datuk Haji Salleh. Majoriti yang hadir setuju sebulat suara dan dengan itu Datuk Haji Salleh b. Yusup dilantik sebagai YDP PIBG 2008/2009.
6.4 Bagi Jawatan Naib YDP, Puan Maryati Ralunani mencadangkan Encik Faizal Abdullah, disokong oleh YM Raja Abd Rahman. Cik Ooi mencadangkan cadangan ditutup. Encik Faizal dilanti sebagai NYDP dengan sokongan sebulat suara.
6.5 Bagi Jawatan bendahari kehormat, Encik Pararn mencadangkan Encik Kong, disokong oleh Puan Roslinda, calon kedua ialah Encik Steven Wee dicadang oleh Cik Anusya dan disokong oleh Puan Jamilah Johar. Encik Kong menarik diri dan memberi peluang kepada Encik Steven sebagai Bendahari Kehormat PIBG yang baru. Disokong sebulat suara.
6.6 Berikut ialah senarai penuh AJK PIBG sesi 2008/2009 yang dilantik dalam mesyuarat kali ini.
|
Yang Dipertua |
Datuk Haji Salleh bin Yusup |
|
Naib Yang Dipertua |
Encik Faizal bin Abdullah |
|
Setiausaha Kehormat |
Puan Durahir bt Kamaruddin |
|
Penolong Setiausaha |
Cik Faridah Bee bt MM Ab. Rahman |
|
Bendahari Kehormat |
Encik Steven Wee |
|
Penolong Bendahari |
Puan Nurul bt Baharom |
|
AJK Ibu Bapa |
Encik Ron Leong |
|
AJK Ibu Bapa |
Dr. Lalitha Vijeyaratnam |
|
AJK Ibu Bapa |
Encik Alex Goh |
|
AJK Ibu Bapa |
Encik Khairil Anwar bin Halim |
|
AJK Ibu Bapa |
Puan Roslida bt Buang |
|
AJK Ibu Bapa |
YM Raja Abdul Rahman bin Raja Omar |
|
AJK Ibu Bapa |
Puan Veronica Arunan |
|
AJK Ibu Bapa |
Dr. Noor Haliza Bt Yussof |
|
AJK Guru |
Puan Kam Kim Lian |
|
AJK Guru |
Encik Mior Tarmizi bin Mohd Zabidi |
|
Juruaudit |
Encik Ahmad Firdaus bin Abd. Moin |
|
Juruaudit |
Puan Noor Aishah binti Hashim |
7.0 Ucapan Penangguhan
7.1 YDP mengucapkan rasa syukur kerana mesyuarat agung kali ini dapat dilangsungkan. Terima kasih juga diucapkan kepada semua yang hadir dan tahniah kepada AJK yang baru dilantik. YDP mengharapkan AJK yang baru dilantik dapat jalankan tugas dengan baik. YDP mengucapkan terima kasih kepada AJK yang lama atas perkhidmatan yang telah diberikan. Beliau juga mengucapkan terima kasih kerana diberi peluang sekali lagi untuk menerajui PIBG sekolah ini dan beliau akan memberikan perhatian sepenuhnya kepada segala masalah yang timbul.
Mesyuarat ditangguhkan pada pukul 1.00 petang.
Disediakan oleh,
PUAN CHE SIAH BT MAT DAUD
Setiausaha Kehormat PIBG
Sesi 2007/2008
DATUK HAJI SALLEH BIN YUSUP
Yang Dipertua PIBG
Sesi 2007/2008
LAPORAN TAHUNAN PIBG
SMK CONVENT BUKIT NANAS
KUALA LUMPUR
2008/2009
A. Senarai Ahli Jawatankuasa PIBG SMK CBN 2008/2009
B. Tarikh-tarikh Mesyuarat AJK PIBG 2008/2009 dan senarai kehadiran
C. Laporan Aktiviti PIBG 2008/2009
I Jawatankuasa Induk
II Jawatankuasa Kecil
- Kewangan
- Kebajikan dan Sosial
- Pembangunan
- Pendidikan dan Penerangan
- Keselamatan
- Kokurikulum
- ICT
LAPORAN AKTIVITI PIBG 2008/2009
BERAKHIR PADA 14 MAC 2009
PIBG SMK CBN adalah satu badan yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran dan dianggotai secara terus (tidak secara gabungan) oleh setiap ibu bapa/penjaga dan setiap guru. PIBG menyedari bahawa peranannya sangat penting dalam membantu pihak sekolah menyediakan prasarana mahupun bantuan kewangan bagi memastikan kebajikan warga sekolah ini sentiasa terbela. Justeru, pelbagai usaha dan bantuan telah dilaksanakan dalam menjadikan sekolah ini cemerlang.
Bagi memastikan peranan ini menjadi lebih berkesan, beberapa Jawatankuasa Kecil telah dibentuk dengan dipengerusikan oleh setiap AJK PIBG mengikut portfolio yang telah ditetapkan bukan sahaja bertujuan untuk memudahkan pengurusan malah memberi khidmat yang membawa manfaat kepada semua warga sekolah.
Dari tarikh 03 Mei 2008 (Mesyuarat Agung Kali ke 35) sehingga kini, AJK PIBG sesi
2008/2009 telah bermesyuarat :
- Sebagai Jawatankuasa Induk sebanyak 6 kali
- Mesyuarat Khas membincangkan Karnival CBN 110 tahun —3 kali
Di samping itu, jawatankuasa ini juga turut mengambil bahagian dalam kerjasama antara sekolah terdekat, organisasi berhampiran dan majlis anjuran Jabatan Pelajaran Wilayah Persekutuan serta jabatan-jabatan lain yang berkaitan dengan usaha meningkatkan lagi prestasi sekolah.
JAWATANKUASA INDUK
Jawatankuasa Induk berperanan penting bagi memastikan keperluan dan kebajikan warga CBN ini sentiasa terjamin. Oleh itu, Jawatankuasa Induk sentiasa memantau keperluan dan peralatan yang diperlukan oleh sekolah . Begitu juga dengan pembayaran elaun-elaun kakitangan, PIBG telah membiayai elaun pekerja-pekerja pembersihan, juru latih sukan, jurulatih panearagam, pustakawan dan pengawal keselamatan.
(English Translation for the above page only)
PTA REPORT 2008/2009
UP TO 14 MARCH 2009
The PTA of SMK CBN is a registered body with the Ministry of Education and is directly taken part in (not indirectly) by every parent/guardian and every teacher. The PTA realizes that its role is very important in helping the school administration establish the school’s infrastructure, as well as provide financial assistance to ensure that the welfare of the school members is always provided for. Therefore, a lot of help and effort has been given towards maintaining the excellence of the school.
In order to carry out this effort more effectively, a few Sub-committees were formed, led by each PTA Committee Member according to the portfolios established earlier, not just to ease management, but also to provide beneficial service to every member of the school.
From the 3rd of May 2008 (35th Annual General Meeting) until now, the PTA Committee Members have officially met:
As a Main Committee as many as 6 times
For a Special Meeting to discuss the CBN 110th anniversary Carnival – 3 times
Besides that, this committee has also taken part in joint efforts with nearby schools, organisations and events organised by the Federal Territory Education Department and other related departments involved in the effort to further increase the school’s performance.
MAIN COMMITTEE
The Main Committee plays an important responsibility in guaranteeing that the needs and welfare of all in CBN are always met. Therefore, the Main Committee is always monitoring the needs and equipment required by the school. This is also done with the payment of the school staff’s salaries, for the PTA has funded the salaries of the cleaning staff, sports coaches, band trainers, librarians and security guards.
LAPORAN RINGKAS AKTIVITI JAWATANKUASA KECIL
JAWATANKUASA KECIL KEWANGAN
AJK : Encik Steven Wee Huat Heng
Puan Nurul Ashikin Baharom
Puan Norhijjah Sharif
Jawatankuasa Kecil Kewangan berperanan menguruskan pembayaran bagi segala program sekolah yang memerlukan pembiayaan daripada PIBG sama ada untuk kepentingan kurikulum, kokurikulum dan kebajikan warga CBN. Segala perbelanjaan yang telah dibiayai boleh dirujuk dalam laporan kewangan.
JAWATANKUASA KECIL KEBAJIKAN DAN SOSIAL
AJK : Dr Lalitha Vijeyaratnam
Puan Roslinda Buang
Puan Nancy Cheah
Puan Lalitha Ramdas
Puan Kam Kim Lian
JKK ini telah dibentuk dengan tujuan menjaga kebajikan semua warga CBN tidak kira samada pelajar, guru-guru dan pekerja am. Antara bantuan yang telah
diberikan ialah
a) Pelajar
Rancangan Makanan Tambahah
· Memberi khidmat nasihat bagi pelajar yang bermasalah
· Memantau harga dan makanan di kantin
· Kursus Membina Personaliti kepada pelajar Tingkatan Satu dan Dua
b) Guru dan kakitangan
· Membayar elaun lebih masa untuk pengawal di luar peruntukan JPWP
· Menyumbang untuk bayaran kakitangan sekolah dalam jamuan perpisahan guru-guru
CBN yang bertukar sekolah.
· Membayar elaun untuk pekerja perpustakaan sekolah
· Majlis Penghargaan Guru-guru
3. JAWATANKUASA KECIL PEMBANGUNAN
AJK : Encik Khairil Anwar Halim
Encik Raja Abdul Rahman Raja Omar
Puan Chee Poh Kiem
JKK ini memainkan peranan yang besar dalam penyelenggaraan dan pembaikpulihan infrastruktur sekolah. Berbagai-bagai usaha dilakukan untuk mengekalkan bangunan-bangunan yang berada dalam keadaan yang baik. Di dalam mencapai usaha ini, AJK dalam penganjuran Pertandingan Memancing yang akan diadakan pada 29/03/09. Antara kerja yang telah dilaksanakan oleh JKK ini ialah:
• Membaikpulih tandas sekolah
• Penyelenggaraan elektrik
• Baikpulih atap kantin runtuh
4. JAWATANKUASA KECIL PENDIDIKAN DAN PENERANGAN
AJK : Dr Noor Haliza Yussoff
Puan Veronica Arunan
Puan Chee Poh Kiem
Semua program bercorak akademik berada di bawah kendalian. Antara kerja yang telah dilaksanakan oleh JKK ini ialah :
• Majlis Orientasi Pelajar Tingkatan Satu
• Program Membina Azam
• Pertandingan Minggu Bahasa dan Minggu Akademik
• Seminar/Kursus/Perkembangan Staf
• Ceramah Motivasi PMR, SPM dan STPM
• Perjumpaan Khas Ibu bapa dengan pelajar tingkatan 3, 5 dan 6 Atas
• Hari Patriotisme
• Majlis Motivasi bersama Datuk Sheikh Muzaffar
5. JAWATANKUASA KECIL KESELAMATAN
AJK : Encik Faizal Abdullah
Encik Ron Leong Kam Yew
Puan Lalitha Ramdas
Pengawalan pintu masuk dan keluar sekolah ini diperketatkan. Setiap pergerakan keluar masuk kereta ke dalam kawasan sekolah dan setiap ibu bapa atau pelawat dikehendaki menulis nama di pos pengawal. JKK ini juga sering berhubung dengan pihak berkuasa keselamatan terutamanya pihak Balai Polis Dang Wangi dan DBKL. Kerjasama juga telah diadakan dengan sekolah-sekolah dan organisasi berhampiran bagi memastikan keselamatan bersama.
6. JAWATANKUASA KECIL KOKURIKULUM
AJK : Encik Alex Goh Kin Yit
Puan Noor Aishah bt Hashim
Puan Thajunisah Begam Jakkaria
JKK ini bertanggungjawab bagi kejayaan cemerlang dalam bidang Kokurikulum. Sehubungan dengan itu, JKK telah membiayai ramai pelajar yang mewakili sekolah ke pertandingan samada di peringkat Zon, Negeri mahupun Kebangsaan. Selain daripada itu, JKK juga membayar yuran jurulatih, membantu perbelanjaan peralatan, pakaian, pengangkutan dan membiayai sebahagian kos untuk Hari Sukan Sekolah.
7. JAWATANKUASA KECIL ICT
AJK : Encik Steven Wee Huat Heng
Encik Mior Tarmizi Mohd Zabidi
JKK ini membantu dalam proses menjadikan sekolah yang lengkap dengan kemudahan ICT. Di samping menyelenggara dan membaikpulih komputer-komputer yang sedia ada di bilik komputer PIBG juga sedang berusaha untuk mewujudkan laman web sekolah lengkap dengan kemudahan interaksi dengan ibubapa, pelajar-pelajar baru dan lama serta PIBG. Peralatan komputer kadangkala terganggu oleh ketidakstabilan sumber elektrik dan menyebabkan penggunaan peralatan tersebut sering tergendala. Sekolah sekarang telah
memohon untuk mendapatkan sumber elektrik tersendiri (tidak berkongsi dengan
CBN 1 dan CBN 2)
HARAPAN MASA DEPAN
Kami AJK PIBG sesi 2008/2009 berharap agar usaha-usaha yang telah dilaksanakan dapat sedikit sebanyak membantu semua pihak khasnya pihak pentadbir dan warga sekolah ini. Segala sumbangan ikhlas yang tidak seberapa ini dapat dimanfaatkan oleh semua pihak dan diharapkan program yang tidak dapat diteruskan oleh sebab kekangan waktu dan kewangan dapat diteruskan oleh AJK seterusnya.
Sekian.
Disediakan oleh,
CIK FARIDAH BEE BT MM ABDUL RAHMAN
Setiausaha Kehormat PIBG 2008/2009

Malaysia (4,208)
Unknown Country (890)
United States (390)
Canada (301)
Taiwan (183)
Japan (140)
Russian Federation (137)
Singapore (99)
China (56)
Brunei Darussalam (45)



