SATU TINJAUAN RINGKAS
Convent Bukit Nanas (CBN) ialah sebuah sekolah bagi pelajar perempuan yang terletak di pusat bandar Kuala Lumpur ,bersebelahan dengan Menara Kuala Lumpur. Ia terdiri daripada Sekolah Rendah CBN 1 dan 2 dan Sekolah Menengah CBN. Ia telah ditubuhkan oleh Infant Jesus Sisters sebagai sebuah ‘Sekolah Mubaligh’ dalam tahun 1899 bagi memberi pendidikan untuk semua pelajar perempuan.
Ramai bekas pelajar atau alumni telah menjadi orang yang berjaya dalam pelbagai bidang di kalangan masyarakat hari ini. Kecuali YM Tunku Abdul Rahman, anak-anak perempuan kepada kesemua bekas Perdana Menteri dan Perdana Menteri sekarang telah bersekolah di sekolah ini.
Begitu juga bintang-bintang yang telah digilap terdiri daripada Tan Sri Rafidah Aziz, bekas Menteri Perdagangan Antarabangsa, Cik Ambiga Sreenevasan, Bekas Presiden Majlis Peguam, dalam bidang hiburan pula Cik Fauziah Ahmad Daud AMN dan mungkin ada ramai lagi nama-nama mereka yang terlalu ramai untuk dinyatakan tetapi kesemuanya telah mengharumkan nama sekolah di bidang masing-masing.
Salah satu ciri yang menarik di sekolah ini ialah, sebahagian besar generasinya kekal bersekolah di sekolah ini menerusi anak perempuan, sepupu dan bahkan cucu perempuan mereka. Ada di antara mereka yang kembali ke sekolah sebagai guru dan ada pula yang meneruskan perkhidmatan di sekolah melalui persatuan ibu bapa dan guru, di mana pada masa ini 2 orang bekas pelajar perempuan berkhidmat di dalam jawatankuasa.
PENCAPAIAN:
Dalam tahun 2007, sekolah ini telah dipilih sebagai ‘Sekolah Kluster’ oleh Kementerian Pelajaran, di mana ia di antara 30 sekolah yang terbaik di Malaysia. Kejayaan yang membanggakan ini adalah titik permulaan bagi sekolah CBN menerajui dan mempertingkatkan keunggulannya di peringkat kebangsaan mahu pun antarabangsa iaitu dalam bidang akademik, ko-kurikulum dan sukan.
Sekolah ini telah dikhususkan bidang kebitaran kurikulum bagi mengembangkan perlaksanaannya ke standard kelas dunia. Dua bidang kebitaran kurikulum yang diluluskan oleh Kementerian ialah ‘Gimnastik Irama’ dan ‘Aktiviti-aktiviti Bahasa asas’ (Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris dan lain-lain bahasa). Selain daripada terpilih sebagai ‘Sekolah Kluster’, CBN sentiasa unggul dalam bidang akademik, ko-kurikulum dan sukan, bahkan mencapai keputusan yang baik dalam peperiksaan am, contohnya,PMR,SPM dan STPM.
Pada tahun ini, tahun 2009, sekolah ini akan meraikan ulang tahunnya yang ke-110. Pihak Pentadibiran Sekolah bersama-sama dengan Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) telah merancang untuk mengadakan beberapa acara penting (termasuk acara mengumpul dana) bersama dengan sambutan ulang tahun ini.
OBJEKTIF:
1. Untuk meraikan sejarah silam sekolah dan tradisinya yang ke-110 tahun. Ia adalah salah sebuah sekolah yang tertua di Malaysia di mana CBN dengan bangganya telah melahirkan ramai bekas pelajar perempuan yang berjaya di komuniti ini.
2. Untuk mengumpul dana bagi pembinaan blok kelas yang baru. Selain daripada menambah kelas, blok yang baru juga akan mempunyai sebuah Gimnasium untuk Gimnastik Irama, 3 buah gelanggang badminton, sebuah perpustakaan yang baru, makmal, bengkel, 2 buah gelanggang luar bola jaring/bola keranjang dan lain-lain lagi. Pelan telah disediakan bagi tujuan ini.
3 Untuk membolehkan sekolah mempunyai satu sesi persekolahan sahaja. Pada masa ini sekolah beroperasi dalam 2 sesi, contohnya, sesi pagi untuk pelajar tingkatan 3 hingga 6 manakala sesi petang untuk pelajar tingkatan 1 dan 2. Dengan hanya satu sesi persekolahan, sekolah dapat menyediakan pelan yang lebih baik bagi kurikulum dan kepelbagaian aktiviti, di mana waktu pagi diperuntukkan kurikulum akademik manakala di sebelah petang pula diperuntukkan kegiatan ko-kurikulum dan pelbagai aktiviti sukan. Dengan pembinaan blok baru ini, pihak sekolah menyedari akan matlamat yang dituju.
4. Untuk mengutip derma bagi lain-lain aktiviti dan perbelanjaan. CBN sebagai sebuah sekolah ‘Mubaligh’ tidak ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan. Sehingga kini, kerajaan hanya menanggung perbelanjaan dasar dan asas sahaja. Segala aktiviti dan perbelanjaan mestilah dibiayai sendiri atau daripada PIBG melalui pelbagai program mengumpul dana.
ACARA-ACARA SAMBUTAN 110 TAHUN :
1. Pertandingan Memancing / Karnival telah berjaya diadakan Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur pada hari Ahad 29 Mac 2009.
2. Pelancaran laman web sekolah: www.cbn.edu.my
3. Sambutan Makan Malam Ulang Tahun yang ke-110 ini akan diadakan pada 8hb November 2009 di Sunway Resort Hotel and Spa yang dianjurkan oleh PIBG dan Alumni.
4. Pelancaran Buku Meja Kopi akan diadakan semasa Ulang Tahun Makan Malam yang memperlihatkan kejayaan Sekolah, sejarah dan tradisi.
5. Sebuah set barang-barang jualan yang menarik bagi ulang tahun ke-110 telah dihasilkan untuk jualan di sepanjang tahun ini.
6. Sebuah ‘Pertandingan Golf Amal’ akan diadakan. Tarikh dan tempat akan ditetapkan.
7. Sebuah ‘Pertandingan Mencari Harta Karun Amal’ akan diadakan. Tarikh dan tempat akan ditetapkan.
Untuk keterangan lanjut, anda boleh hubungi Pengetua Sekolah dan Yang Di Pertua PIBG seperti di bawah:
Pengetua Sekolah
SMK Convent Bukit Nanas
Jalan Bukit Nanas
50250 Kuala Lumpur
Tel: 03-2078 0559
U.P.: Pn. Lee Chii Yuann
Yang Di Pertua
Persatuan Ibu Bapa dan Guru
Tel : 03-2698 1232
U P : Datuk Salleh bin Yusup Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
Khairil Anwar Halim
No. Tel: 016-264 8499
Ahli-ahli Jawatankuasa (AJK PIBG)
E-mail : kacarch@yahoo.com
Persatuan Ibu Bapa & Guru SMK Convent Bukit Nanas
Kuala Lumpur
Roslinda binti Buang
No. Tel: 012-3991517/ 0193806863
Ahli Jawatankuasa (AJK PIBG)
E-mail : qarin@streamyx.com.my
Persatuan Ibu Bapa & Guru SMK Convent Bukit Nanas
Kuala Lumpur