SMK Convent Bukit Nanas

Penyohor Nama Malaysia – Dato’ Nicol Ann David

Posted by psjhrukun@cbn.edu.my on August 14, 2010

david_britishopenchamp2005

Beliau dilahirkan pada 26 Ogos 1983 di Pulau Pinang dan menuntut di Convent Green Lane. Beliau telah menamatkan tingkatan lima dan memperolehi 6A dalam Sijil Pelajaran Malaysia. Beliau merupakan pemain skuasy wanita negara yang berjaya di peringkat kebangsaan dan antarabangsa. Beliau mula bermain sejak usia 5 tahun. Di samping itu, beliau telah mendapat latihan di Pusat Latihan Squash City, Amsterdam Belanda. Kejayaan pertama beliau ialah menjuarai Kejohanan Skuasy Kebangsaan (Junior-bawah 12 tahun ) pada tahun 1993. Ini diikuti beberapa kejayaan di antaranya ialah Kejohanan Skuasy Kebangsaan ( Junior-bawah 12 tahun ), Terbuka Hong Kong ( Junior- bawah 13 tahun ) dan Terbuka Scottish ( Junior-bawah 12 tahun ).

Beliau telah mendapat anugerah Olahragawati Kebangsaan pada tahun 2002. Pada tahun 2002 juga Nicol Ann David telah dilantik menjadi Duta Muhibbah Kebangsaan Program Pembangunan Bangsa-bangsa Bersatu (UNDP) Malaysia yang pertama. Beliau terpilih berikutan pencapaiannya yang cemerlang dalam bidang sukan dan akademik. Nicol Ann David sekali lagi terpilih sebagai Olahragawati Kebangsaan bagi tahun 2003. Berikut adalah pencapaian sepanjang penglibatan beliau dalam sukan Squasy ehingga tahun 2006.

Pencapaian:
2006
Kejohanan Asia – Juara Perseorangan, Kejohanan Asia – Juara Berkumpulan
2005
Terbuka Kuala Lumpur Country View – Juara Perseorangan, Terbuka Sheika Al Saad Kuwait – Juara, Terbuka Squash Mamut Dutch – Juara, Kejohanan Terbuka CIMB Malaysia– Juara, Terbuka Dunlop British – Juara, Terbuka Carol Weymuller – Juara, Kejohanan Dunia – Juara
2004
Terbuka MAS Kuala Lumpur – Peserta Akhir, Terbuka Wanita Malaysia – Peserta Akhir, Kejohanan Shanghai Wispa Worldstar – Peserta Akhir
2003
Kejohanan Dunia – Pemenang pingat perak
2002
Terbuka Kuala Lumpur – Juara Perseorangan, Kejohanan Asia – Juara Perseorangan, Kejohanan Asia – Juara Berkumpulan, Sukan Komenwel 2002 (Beregu) – Pemenang pingat perak Terbuka Kuwait – Juara perseorangan, Terbuka Belanda – Juara perseorangan, Terbuka Malaysia – Juara perseorangan
2001
Kejohanan Remaja Asia – Juara Perseorangan, Kejohanan Remaja Asia – Juara Berkumpulan, Kejohan Remaja Dunia – Juara
2000
Terbuka Finland – Juara Perseorangan, Terbuka Kuala Lumpur – Juara Perseorangan, Kejohanan Asia – Juara, Finnish Open – Juara

1999
Terbuka Remaja British – Juara di bawah 17 tahun, Kejohanan Remaja Asia – Juara Perseorangan, Kejohanan Remaja Asia – Juara Berkumpulan, Terbuka Remaja Jerman – Juara, Kejohanan Remaja Malaysia – Juara, Kejohanan Remaja Dunia – Juara, Terbuka Remaja Scotland – Juara di bawah 17 tahun,
1998
Terbuka Remaja British – Juara bawah 16 tahun, Terbuka Remaja Scottich – Juara Di bawah 17, Kejohanan Wanita Asia – Juara, Asian Junior Squash Grand Circuit Final – Juara di bawah 19 tahun, Sukan Asia – Pingat Emas,
1997
Terbuka Remaja British – Juara bawah 14 tahun, Terbuka Remaja Scottich – Juara bawah 16 tahun, Terbuka Remaja Australia – Juara bawah 15 tahun, Terbuka Remaja Australia – Juara bawah 17 tahun,
1996
Terbuka Remaja British – Juara bawah 14 tahun, Terbuka Remaja Scottich – Juara bawah 14 tahun
1995
Terbuka Remaja Scottich – Juara 14 tahun
Lain-lain Anugerah
Pingat Ahli Mangku Negara (2000), Anugerah Usaha Guinness ke-186 (2001), Pemain Terbaik Asia 2001, Olahragawati Kebangsaan (2000, 2003 & 2005), Olahragawati Tahun untuk Negeri Pulau Pinang 1998,1999, 2000, 2001, 2002.

Rujukan:

http://www.geocities.com/nicolanndavidsquash/

http://www.azuanzahdi.com/nicol/aboutnicol.html

http://ms.wikipedia.org/wiki/Nicol_Ann_David

http://sejarahmalaysia.pnm.my/