SMK Convent Bukit Nanas

Latar Belakang

Posted by psjhrukun@cbn.edu.my on August 14, 2010

Kelab Rukun Negara (KRN) adalah merupakan salah satu aktiviti kokurikulum yang dilaksanakan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) serta di sekolah-sekolah rendah dan menengah di seluruh negara. Seiring dengan namanya, maka aktiviti-aktiviti yang dijalankan menerusi kelab ini adalah berlandaskan kepada kelima-lima prinsip Rukun Negara yang bermalamat agar ianya bukan sahaja difahami dan dihayati malah dapat dibudayakan dalam kehidupan seharian masyarakat pelbagai kaum di Malaysia khususnya di kalangan warga muda.

 

Penubuhan Kelab Rukun Negara telah diilhamkan oleh Y.A.B Dato’ Seri Abdullah bin Haji Ahmad Badawi semasa merasmikan sambutan Hari Perpaduan Peringkat Kebangsaan 2000 di Melaka (ketika itu beliau selaku Timbalan Perdana Menteri). Beliau telah menyarankan agar KRN ditubuhkan di sekolah-sekolah dan IPT supaya menrusi kelab ini pelajar-pelajar/murid akan didedahkan mengenai latar belakang dan falsafah Rukun Negara agar ianya benar-benar dapat diketahui, difahami, dihayati serta dibudayakan dalam hidup seharian. Bagi merealisaikan hasrat tersebut, maka Jabatan Perpaduan Negara Dan Integerasi Nasional, telahdipertanggungjawabkan oleh Kerajaan untuk mewujudkan kerjasama dengan Kementerian Pelajaran Malaysia dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.