Pengenalan
Laman Web ini merupakan laman web rasmi bagi Kelab Sejarah dan Rukun Negara SMK Convent Bukit Nanas Kuala Lumpur.
Persatuan ini dapat melatih serta membantu para pelajar meluaskan pengetahuan mereka mengenai Mata Pelajaran Sejarah Malaysia.
Bagi mencapai objektif bagi membina satu bangsa Malaysia yang bersatu padu selaras dengan wawasan negara, maka penubuhan Kelab Sejarah dan Rukun Negara akan menjadi pemangkin kepada proses untuk mencapai perpaduan yang unggul di negra ini. Dari semasa ke semasa peranan Kelab Sejarah dan Rukun Negara akan diperkukuhkan lagi supaya pencapaian matlamat tersebut dapat direalisasikan. Justeru, sokongan padu dan komitmen yang tinggi daripada semua pihak adalah faktor terpenting bagi memastikan kelab ini dapat berperanan seiring dengan matlamat penubuhannya.